Wednesday, September 24, 2008

RAMADHAN KIAN BERAKHIR

  1. Ramadhan kian berakhir, aku bersyukur pada Yang Esa, kerana menganugerahkan aku seorang lelaki untuk menyerikan lagi hidup. Ia berlaku pada jam 08.02 malam, malam Nuzul Al Quraan.
  2. Ramadhan kian berakhir, Sudah berlalukah Lailatul Qadar?Atau masih mengintai untuk kita temuinya? Bertuahnya kita umat Islam. Dapat Pahala 1000 Bulan.
  3. Ramadhan kian berakhir, Malaysia tetap aman. rakyat malaysia tetap hidup di suasana tenang, damai, bahagia dan bebas.
  4. Ramadhan kian berakhir, suasana politik di Malaysia, adakah mahu meniru atau 'Copy' politik di negara- negara lain?
  5. Ramadhan kian berakhir, Laungan azan, pembesar suara, makanan lebih baik sedikit untuk anjing di hidangkan untuk YB Teresa Kok semasa di Tahanan ISA.
  6. Ramadhan kian berakhir, biarlah negara lain 'berkecamuk', tetapi kita harus bersama - sama bersatu mengikut acuan kita rakyat dan bangsa malaysia.
  7. Ramadhan kian berakhir, bangunlah, kita sama - sama bersatu, beriringan tangan dan bertekad menjadikan malaysia kita ini negara yang terbaik di hati kita, di pandangan negara serantau dan di mata antarabangsa. Jangan fikirkan lagi kita berlainan kepercayaan. Kita Rakyat Malaysia. Rakyat Yang terbaik.

No comments: