Tuesday, November 25, 2008

FILEM MALAYSIA - SELAMAT PAGI CINTA


  1. TAHNIAH untuk norliana Shamsuddin di atas percubaan pertamanya.
  2. Selamat Pagi Cinta, namun kamu harus memperbaiki kesesuaian dialognya. Kenapakah Wanita yang sudah berkahwin di panggil " cik"?
  3. Selamat Pagi Cinta, namun harus menilaikan semula kesesuaian keadaannya, haruslah menitikberatkan kelogikan dan suasana Malaysia. Tonjolkan ibu bapa kedua2 ( Pierre dan Fazura).
  4. Selamat Pagi Cinta, Keasyikan lagu memang memukaukan.
  5. Selamat Pagi Cinta, di mana babak di kubur?di mana babak yang penting lain?

Monday, November 17, 2008

DIA LEBIH MENGETAHUI

  1. Suatu ketika nan lalu, kita pernah ceria dan gembira, bermain - main bersama rakan - rakan. Di situ, kita bermandi - manda keriangan, panjat dan jatuh pepohonan, mainan upih kelapa, sorok - sorok dan pelbagai lagi keasyikan gurauan dan mainan.
  2. Di ketika itu, kita tiada terpalit dosa - dosa dan kesalahan, kenapa saya hamburkan sebegitu rupa?
  3. kita tiada terpalit dosa - dosa, kerana kita tiada lagi mencapai keadaan akil baligh.
  4. Namun, adakah kita terfikir, siapa kita sekarang?
  5. Pernahkah kita menyelesali sejak kita berusia 13 tahun(purata usia akil baligh) hingga sekarang, sudah berapa banyak dosa - dosa dan kesalahan kita telah lakukan?
  6. Dosa - dosa kecil kita boleh terpadam setelah kita berwuduk dan mengerjakan kewajipan sembahyang(solat) 5 kali waktu - waktunya.(dari pemahaman saya).
  7. Berdoalah kita pada YANG MAHA PENGAMPUN, ALLAH memang menyukai hamba - hambaNya yang memohon dan meminta sesuatu padaNYA.
  8. Pernahkah kita terfikir, saban hari kita menyuap ke perut makanan -makanan yang enak - enak dan pelbagai rasa minuman yang menyentuh 'perasaan' lidah dan tekak. Pernahkah kita terlintas di benak minda kita untuk mensyukurinya kepada "PemberiNYA".
  9. Pernahkah kita terfikir, apakah kita 'suapkan' kepada isteri(isteri - isteri) dan anak(anak - anak) kita. Dari manakah Sumber 'rezeki' kita? Dari Haram?Halal?Subahah?
  10. Marilah kita solat, berdoa dan bersyukur PadaNYA.
  11. Marilah kita menginsafi dan menyesali 'ketidaksedaran' kita nan berlalu pergi. Jomlah Kita lakukan perkara - perkara yang lebih terpuji sedikit di 'jangka masa pendek' ini. Apabila kita sudah 'selesa' kita sama - sama lakukan perkara - perkara yang lebih terpuji dan terbaik. Demi 'masa depan' kita, isteri(isteri - isteri), anak(anak - anak) kita.
  12. Marilah kita bersama - sama, INSYAALLAH kita 'maju' kerana ALLAH sentiasa bersama -sama kita.

Tuesday, November 11, 2008

Duniaku

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa yang akan berlaku di masa hadapan.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu dosa.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu pahala.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu nilai positif.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu nilai negatif.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu nilai diri positif.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu nilai diri negatif.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu kebaikan.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu keburukan.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu 'perpindahan murni'.

manusia tetap begitu, selagi ia tiada memikirkan apa itu dirinya, diri orang - orang dia sayang, diri keluarganya, diri saudara - saudaranya, diri masyarakatnya, diri bangsanya, diri negaranya dan yang pentingnya pegangan agamanya.

Wednesday, September 24, 2008

RAMADHAN KIAN BERAKHIR

  1. Ramadhan kian berakhir, aku bersyukur pada Yang Esa, kerana menganugerahkan aku seorang lelaki untuk menyerikan lagi hidup. Ia berlaku pada jam 08.02 malam, malam Nuzul Al Quraan.
  2. Ramadhan kian berakhir, Sudah berlalukah Lailatul Qadar?Atau masih mengintai untuk kita temuinya? Bertuahnya kita umat Islam. Dapat Pahala 1000 Bulan.
  3. Ramadhan kian berakhir, Malaysia tetap aman. rakyat malaysia tetap hidup di suasana tenang, damai, bahagia dan bebas.
  4. Ramadhan kian berakhir, suasana politik di Malaysia, adakah mahu meniru atau 'Copy' politik di negara- negara lain?
  5. Ramadhan kian berakhir, Laungan azan, pembesar suara, makanan lebih baik sedikit untuk anjing di hidangkan untuk YB Teresa Kok semasa di Tahanan ISA.
  6. Ramadhan kian berakhir, biarlah negara lain 'berkecamuk', tetapi kita harus bersama - sama bersatu mengikut acuan kita rakyat dan bangsa malaysia.
  7. Ramadhan kian berakhir, bangunlah, kita sama - sama bersatu, beriringan tangan dan bertekad menjadikan malaysia kita ini negara yang terbaik di hati kita, di pandangan negara serantau dan di mata antarabangsa. Jangan fikirkan lagi kita berlainan kepercayaan. Kita Rakyat Malaysia. Rakyat Yang terbaik.

Monday, September 8, 2008

RAMADHAN DI PERTENGAHAN DESTINASI

  1. Ramadhan tahun ini, semua masyarakat malaysia tidak mengira kaum dan pegangan kepercayaan memeriahkannya secara lansung atau sebaliknya.
  2. Apa yang saya katakan ini ada kebenarannya, kerana masyarakat Malaysia yang bukan Islam menghormati umat Islam.
  3. Ditambahkan lagi dengan makanan yang di makan oleh orang Islam di makan juga oleh penganut agama lain.
  4. Di pertengahan Ramadhan ini juga, politik Malaysia menanti 'buktian' DS Anwar Ibrahim tentang megahan janjinya.
  5. Di pertengahan Ramadhan ini, maka bermula lah era baru perjalanan masyarakat umat Islam untuk 'menambahkan' pendapatan peniaga - peniaga di malaysia yang kecil mahupun besar, melayu mahupun kaum-kaum lain.
  6. Di pertengahan Ramadhan ini, masyarakat Malaysia membuktikan bahawa di sini lah masyarakat yang terbaik di dunia berada.

Wednesday, September 3, 2008

RAMADHAN AL MUBARAK

  1. Puasa orang awam- puasa orang2 kebanyakan, puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga
  2. Puasa khusus- puasa ini akan kita kecapi jika kita berpuasa menahan lapar , dahaga dan nafsu shawat nafsu2 lain
  3. puasa khusus al khusus- puasa seperti di atas, tp satu lagi hati nya menahan diri dr mendetik detik ke arah negatif.
  4. Mana satu kita pilih?
  5. Saya 'merayau' dan melihat sekitar kuala lumpur, selayang , batu caves, sungai buluh dan sekitar - sekitar berdekatan, banyak bazar - bazar Ramadhan.
  6. Saya melihat rakyat Malaysia 'meriah'
  7. Maksud saya dengan meriah ialah semua kaum ' bersatu'
  8. Maksud saya dengan bersatu ialah sama2 mengunjungi bazar Ramadhan
  9. Marilah kita memeriahkan, bersatu dan menyemarakkan perpaduan antara kaum di malaysia.
  10. Jangan Kisah anda Melayu, Cina, India, dusun, kadazan,murut,senoi,negrito,sikh, portugis, baba nyoya dan apa2 pun 'gelaran kaum dan bangsa' anda. Mari lah kita bersama sama mengekalkan dan mempertingkat kemakmuran, perpaduan dan keaman negara kita............ Malaysia.
  11. Perpaduan teras kejayaan
  12. perpaduan teras kemakmuran
  13. perpaduan teras keamanan
  14. perpaduan teras kedamaian
  15. Jangan mempersoalkan pegangan atau detikan hati atau pegangan hati atau anutan atau agama kepercayaan menghalang kita bersatu, hidup aman, mencari perpaduan dan menjejaki makna sebenar kita masyarakat majmuk yang terbaik di dunia.

Wednesday, August 27, 2008

Menanti Saat - saat yang lebih Bermakna

  1. Aku menanti saat2 yang lebih bermakna
  2. bermakna pada aku dan isteri aku, maizan bt ismail
  3. Aku sudah rancang untuk menyambut 'orang baru' di Kota Bharu Medical Centre(KBMC)
  4. Semoga Allah 'Menjaga' anak aku
  5. Semoga Allah Memberi anak yang baik, sihat dan sempurna. amin
  6. Wan Najatul Husna, sayang ayah dan sayang ibu menantimu.