Wednesday, September 24, 2008

RAMADHAN KIAN BERAKHIR

  1. Ramadhan kian berakhir, aku bersyukur pada Yang Esa, kerana menganugerahkan aku seorang lelaki untuk menyerikan lagi hidup. Ia berlaku pada jam 08.02 malam, malam Nuzul Al Quraan.
  2. Ramadhan kian berakhir, Sudah berlalukah Lailatul Qadar?Atau masih mengintai untuk kita temuinya? Bertuahnya kita umat Islam. Dapat Pahala 1000 Bulan.
  3. Ramadhan kian berakhir, Malaysia tetap aman. rakyat malaysia tetap hidup di suasana tenang, damai, bahagia dan bebas.
  4. Ramadhan kian berakhir, suasana politik di Malaysia, adakah mahu meniru atau 'Copy' politik di negara- negara lain?
  5. Ramadhan kian berakhir, Laungan azan, pembesar suara, makanan lebih baik sedikit untuk anjing di hidangkan untuk YB Teresa Kok semasa di Tahanan ISA.
  6. Ramadhan kian berakhir, biarlah negara lain 'berkecamuk', tetapi kita harus bersama - sama bersatu mengikut acuan kita rakyat dan bangsa malaysia.
  7. Ramadhan kian berakhir, bangunlah, kita sama - sama bersatu, beriringan tangan dan bertekad menjadikan malaysia kita ini negara yang terbaik di hati kita, di pandangan negara serantau dan di mata antarabangsa. Jangan fikirkan lagi kita berlainan kepercayaan. Kita Rakyat Malaysia. Rakyat Yang terbaik.

Monday, September 8, 2008

RAMADHAN DI PERTENGAHAN DESTINASI

  1. Ramadhan tahun ini, semua masyarakat malaysia tidak mengira kaum dan pegangan kepercayaan memeriahkannya secara lansung atau sebaliknya.
  2. Apa yang saya katakan ini ada kebenarannya, kerana masyarakat Malaysia yang bukan Islam menghormati umat Islam.
  3. Ditambahkan lagi dengan makanan yang di makan oleh orang Islam di makan juga oleh penganut agama lain.
  4. Di pertengahan Ramadhan ini juga, politik Malaysia menanti 'buktian' DS Anwar Ibrahim tentang megahan janjinya.
  5. Di pertengahan Ramadhan ini, maka bermula lah era baru perjalanan masyarakat umat Islam untuk 'menambahkan' pendapatan peniaga - peniaga di malaysia yang kecil mahupun besar, melayu mahupun kaum-kaum lain.
  6. Di pertengahan Ramadhan ini, masyarakat Malaysia membuktikan bahawa di sini lah masyarakat yang terbaik di dunia berada.

Wednesday, September 3, 2008

RAMADHAN AL MUBARAK

  1. Puasa orang awam- puasa orang2 kebanyakan, puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga
  2. Puasa khusus- puasa ini akan kita kecapi jika kita berpuasa menahan lapar , dahaga dan nafsu shawat nafsu2 lain
  3. puasa khusus al khusus- puasa seperti di atas, tp satu lagi hati nya menahan diri dr mendetik detik ke arah negatif.
  4. Mana satu kita pilih?
  5. Saya 'merayau' dan melihat sekitar kuala lumpur, selayang , batu caves, sungai buluh dan sekitar - sekitar berdekatan, banyak bazar - bazar Ramadhan.
  6. Saya melihat rakyat Malaysia 'meriah'
  7. Maksud saya dengan meriah ialah semua kaum ' bersatu'
  8. Maksud saya dengan bersatu ialah sama2 mengunjungi bazar Ramadhan
  9. Marilah kita memeriahkan, bersatu dan menyemarakkan perpaduan antara kaum di malaysia.
  10. Jangan Kisah anda Melayu, Cina, India, dusun, kadazan,murut,senoi,negrito,sikh, portugis, baba nyoya dan apa2 pun 'gelaran kaum dan bangsa' anda. Mari lah kita bersama sama mengekalkan dan mempertingkat kemakmuran, perpaduan dan keaman negara kita............ Malaysia.
  11. Perpaduan teras kejayaan
  12. perpaduan teras kemakmuran
  13. perpaduan teras keamanan
  14. perpaduan teras kedamaian
  15. Jangan mempersoalkan pegangan atau detikan hati atau pegangan hati atau anutan atau agama kepercayaan menghalang kita bersatu, hidup aman, mencari perpaduan dan menjejaki makna sebenar kita masyarakat majmuk yang terbaik di dunia.